4.04.2011

.::rOsAk-RoSaK..IsH-IsH-IsH..rEnUnGkAn:::.










 1. Bahasa
Bahasa yang tidak sesuai ketika menulis menjadi salah satu faktor utama pelawat malas untuk membaca post-post anda. “kitew”, “citew”, “korunk”, dan macam-macam lagi gaya penulisan yang keanak-anakan. Ramai yang beranggapan penulis yang menulis seperti ini seorang yang mengada-ngada, menyebabkan pembaca merasa meluat.
Gaya penulisan yang biadap, kurang ajar juga mempengaruhi pembaca. Pembaca tidak mahu mendengar leteran anda, sumpah seranah, caci-maki anda dalam blog.

Apa kata aku -Sangat setuju dengan pandangan encik Sollehahn ni sebab bahasa adalah faktor penting untuk menarik minat dan memanipulasikan mood pembaca . memang lemah dalam penggunaan bahasa.Bahasa blog yang saya gunakan sememangnya terabur.Lepas baca article ni,saya sedar yang saya perlu ubah cara penggunaan bahasa entry saya supaya menjadi lebih matang dan menarik.

 
ahahaha ape pendapat korang semua..
 
 
2. Aspek Teknikal
Theme caca-marba, widget bersepah, lagu/video autoplay, font yang tidak sesuai, susunan teks, semuanya mempengaruhi pembaca. Cuba dapatkan respon dari pelawat untuk mendapatkan konfigurasi terbaik blog anda.
Blog yang terlampau berat juga menyebabkan pelawat tidak singgah semula, terutamanya pengguna broadband.



3. Kurang mesra pelawat.
Pelawat merasa kurang dihargai jika kehadiran mereka seperti tidak diendahkan. Cuba bina hubungan dengan pelawat dengan cara membalas komen, dan melakukan kunjungan semula. Apabila ada hubungan yang terjalin, barulah pelawat tidak segan-segan untuk selalu datang bertandang.
Apa kata aku - Setakat ni,memang saya tak pernah la nak menyombong dengan pelawat2 yang datang.Insyaallah saya akan balas balik semua komen atau chat yang ditinggalkan oleh pelawat yang datang.Maybe ada yang saya terlepas pandang ,harap maafkan ya.'saya Budak Baru Belajar' la katakan ...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan